1) ➡️[Surat pertama : WAJIB] Surat Kebenaran beroperasi/ Approval letter from MITI
.
-surat ini PALING PENTING. tiada surat ini , macam mana essential pun servis anda, anda tidak patut dan tidak layak beroperasi dan tindakan undang2 boleh diambil
.
- surat MITI ini dikeluarkan kepada nama syarikat anda berserta alamat syarikat anda
.
- kandungan penting surat ini ada menyatakan tentang syarat2 kebenaran beroperasi di waktu PKP adalah seperti berikut (ANTARA SYARAT2 NYA)
.
a) syarikat perlu mengurangkan bilangan pekerja kepada tahap paling minimum atau sekurang2 nya 50% daripada jumlah pekerja semasa. kepada yang staff yang berkerja di
pejabat, sistem bekerja di rumah perlu diwujudkan oleh majikan (Work from home polisi)
.
b) Menyediakan alat saringan suhu badan di pintu masuk. bacaan bagi setiap pekerja juga perlu di rekod dan di simpan.
.
c) Kena siap sedia call hospital kerajaan atau pejabat kesihatan jika suhu badan staff tinggi
.
d) perlu sediakan hand sanitizer di pintu masuk dll. dan perlu pastikan staff pakai face mask
.
e) proses sanitasi pembasmian kuman perlu di jalan kan sebelum setiap shift atau operasi bermula (3X sehari terutama di tempat awam dll)
.
f) kenderaan pekerja juga perlu di pasti kan telah menjalani proses sanitasi setiap kali sebelum digunakan
.
g) syarikat perlu sedia garis panduan amalan social distancing khusus di production floor, kantin, bilik meeting (tampal sticker/ tape di lantai supaya jarak paling
kurang 1meter dapat di kekalkan)
.
h) (PALING PENTING) jika staff di jangkiti Covid-19, semua kos perubatan/sanitation/nyah cemar dll MESTI DI TANGGUNG OLEH SYARIKAT ANDA
.
dan lain2 syarat (mungkin berbeza dari industri ke industri lain)
.
2) ➡️[Surat ke dua : WAJIB] Surat Sokongan Hadir Berkerja Ketika Perintah Kawalan Pergerakkan
.
- surat ini semestinya perlu ditulis selepas mendapat kelulusan MITI (Tarikh selepas tarikh surat MITI)
.
- surat ini di keluarkan oleh pihak majikan (anda) kepada semua staff anda yang bertugas sahaja (berserta letter head dan tandatangan oleh pihak anda)
.
- sila masukkan nombor rujukan surat MITI (Contoh MITI. 700-16/1 (XXXX)) DAN tarikh surat miti itu dikeluarkan [Nota :No rujukan anda mungkin berbeza ikut industri
dll.]
.
- sertakan list nama pekerja yang terlibat, berserta IC, dan maklumat2 ringkas yang lain
3)➡️ [Surat ke tiga: OPTIONAL] Jika anda seorang kontraktor dan berkerja di kilang/premis customer anda, surat sokongan ke tiga ini mungkin di perlukan iaitu
surat pengesahan kontraktor (syarikat anda sebagai kontraktor) daripada customer anda/ surat arahan bekerja dari (customer anda) ke (nama syarikat anda)
.
- surat ini juga semestinya perlu ditulis selepas mendapat kelulusan MITI (Tarikh selepas tarikh surat MITI)
.
- letter head (customer anda) dan sain oleh (pihak wakil customer anda)
.
- kandungan penting surat: nama dan alamat syarikat anda (sebagai kontraktor), pemberitahuan rasmi (oleh customer anda) yang menyatakan mereka sudah mendapat kebenaran
dari MITI untuk beroperasi dari (tarikh mula) hingga ke (tarikh akhir)
.
- minta customer anda untuk masukkan nombor rujukan surat MITI (Contoh MITI. 700-16/1 (XXXX)) DAN tarikh surat miti itu dikeluarkan di dalam surat ini
.
- perlu di ingatkan , ada sesetengah pendapat pihak berkuasa, jika Pihak Premis Kilang (customer anda) sudah mendapat kelulusan MITI, anda tidak perlu lagi mendapat
kan kelulusan MITI untuk beroperasi di kilang/premis customer anda. Setengah pendapat lain mengatakan anda mesti mendapatkan kelulusan MITI. Sila Hubungi talian
National Operation Management Centre 03-8888-2010 / MKN untuk mendapat kan info yang lebih tepat.
.
.
.
.
‼️PERINGATAN DAN TIPS TIPS BEROPERASI (UNTUK PIHAK MANAGEMENT SYARIKAT ANDA , KHUSUSNYA HR SYARIKAT ANDA)‼️
.
1) SILA PRINT DAN SERTAKAN KESEMUA SURAT DI ATAS DAN BERIKAN KEPADA SETIAP STAFF ANDA YANG BERKERJA. SURAT INI JUGA DI KENALI SEBAGAI DOKUMEN PERJALANAN/ KEBENARAN
BERKERJA DAN PERLU DITUNJUKKAN KEPADA PIHAK BERKUASA/POLIS/ASKAR SEKIRA NYA DI TAHAN. Dokumen perjalanan di atas ini hanya sah untuk perjalan dari kediaman staff ke
kilang/premis sahaja dan sebaliknya. Kegagalan untuk mengemukakan dokumen perjalanan/kebenaran berkerja ini mungkin berakhir dengan pusingan U-turn untuk kembali ke
kediaman masing2 tanpa mendapat kebenaran ke tempat kerja.
.
2) Kepada HR syarikat, anda boleh lah mengira kos operasi tambahan/additional operating expense seperti
- alat saringan suhu badan/ digital termometer reader ( RM150-200 /setiap satu)
.
- hand sanitizer di pintu masuk. kadar pengunaan mungkin 1 botol bagi setiap hari untuk saiz syarikat seramai 20 orang. hand sanitizer 500ml harga pasaran RM 40 * 26
hari berkerja = RM 1,040/bulanan
.
- walaupun syarikat kena pastikan staff pakai face mask, itu adalah bermaksud syarikat kena menyediakan face mask (bagi pendapat saya. dah tu sapa nak bagi? jiran
sebelah rumah?) . harga pasaran Rm 1.50/ sekeping * 20 staff = RM 30 untuk SETIAP HARI (sebulan 26 hari bekerja * RM 30 = Rm 780). dan harga face mask mungkin
meningkat di sebabkan makin banyak syarikat yang akan beroperasi. Tidak termasuk harga sarung tangan getah (mengikut keperluan syarikat anda)
.
- proses sanitasi pembasmian kuman 3x sehari tempat2 kritikal seperti tombol pintu, hand railing, cermin pintu dll (proses ini mungkin lebih mudah untuk di serahkan
kepada kontraktor pembersihan di tempat kerja anda atau staff anda. Anda hanya perlu membeli cecair pembasmi kuman/ sanitizer yang boleh di larutkan dalam air mengikut
sukatan sendiri dan di lap menggunakan kain, sarung tangan dan kelengkapan PPE yang ringkas (10 liter anggaran harga pasaran RM50. Nisbah larutan 1 air: 20 cecair
sanitizer, anggaran kadar penggunaan : 10 -20 liter /bulan [ Rm 50- 100/bulanan] bergantung kepada saiz premis anda dll.
.
-proses nyah cemar kawasan kilang. ini memerlukan tenaga kepakaran yang penting ,mesti mengikut SOP yang ditetapkan. kebanyakkan syarikat pembersihan di kilang mungkin
tidak pakar dalam bidang nyahcemar. anda mungkin perlu memanggil syarikat luar atau outsource kepada syarikat lain (dan kos nya paham2 sahaja lah). itu terpulang
kepada pengurusan syarikat untuk memilih kontraktor nyah cemar sendiri atau belajar dan arahkan pekerja untuk nyah cemar (mungkin makan waktu untuk belajar). Anggaran
Kos mungkin mencecah ribuan.
.
-[PALING PENTING] kos perubatan , nyah cemar premis dll yang mesti di tanggung jika staff di jangkiti Covid -19. INI KOS YANG PALING TINGGI DAN KRITIKAL. memandangkan
agar sukar/mustahil untuk kita tentu di mana staff kita di jangkiti, di sebabkan itu, syarat2 asas yang MITI tekan kan di atas amat penting (sukat suhu badan, amal kan
social distancing dll )untuk kita tapis staff yang dijangkiti atau di syak di jangkiti .INGAT PENCEGAHAN ITU SANGAT PENTING .
.
3) HR disarankan menyediakan list hospital kerajaan/klinik2 kesihatan terdekat dan tampal kan di tempat2 awam supaya setiasa berada dalam keadaan siap sedia di waktu
cemas/nebes
.
4)HR juga di sarankan untuk mengikut perkembangan dan mendapatkan nasihat pakar/arahan/SOP pihak KKM dari masa ke semasa (contoh: tindakan yang perlu di ambil jika
staff sakit dada/ terbaring di lantai dll. Waktu- waktu cemas ini sangat penting untuk diperhalusi terlebih dahulu. justeru itu nasihat saya, sila ikut perkembangan
dan arahan/SOP yang sudah/akan di keluarkan oleh pihak KKM.
.
5) Sila sediakan buku rekod suhu badan bagi setiap pekerja yang berkerja pada hari tertentu. Mungkin anda perlu sediakan sticker NEON/berwarna terang yang perlu di
tampalkan di baju/ atau ID card pekerja anda menandakan suhu badan pekerja itu telah di sukat. Sticker NEON/berwarna itu juga di sarankan di tukar warna dari hari ke
hari untuk mengelakkan kekeliruan di masa hadapan
.
6) Saya mencadangkan jabatan HR untuk menubuhkan UNIT TINDAK PANTAS COVID19 dengan melantik staff HR yang mewakili jabatan/kumpulan di premis tempat kerja anda. Wakil
HR ini perlu lengkapi dengan nombor telefon staff, alamat rumah staff, emergency contact number staff dan lain2 yang mungkin di perlukan sekiranya perkara yang tidak
di ingini berlaku. UNIT TINDAK PANTAS COVID19 ini juga bertanggungjawab untuk memastikan pengagihan face mask, keperluan hand sanitizer mencukupi, menyediakan senarai
kontak rapat staff yang disyaki, menampal risalah/info sihat LANGKAH PENCEGAHAN COVID 19 DI TEMPAT KERJA (CONTOH
https://www.infosihat.gov.my/…/pencegahan-tempat%20kerja-01…) di tempat awam seperti tandas, pantri, pintu masuk pejabat
.
7) Saya mengharapkan pihak majikan/ top management KHUSUSNYA pihak HR untuk tabah, sabar dan LEARN FAST dalam mengubah rangka /orientasi/polisi kerja kepada A NEW NORM
yang sememangnya belum pernah di rasai/unprecedented. SILA SUSUN JADUAL KERJA ANDA SEBELUM ANDA MEMASUKI FASA PEKERJAAN YANG BERBEZA UNTUK MENGELAK KESULITAN/ KEADAAN
CEMAS DI MASA HADAPAN.
.
.
.
.
‼️Akhir sekali , guideline di atas adalah berdasarkan real story/kisah sebenar saya sebagai kontraktor pembersihan di beberapa kilang/premis customer saya (kilang
essential service)‼️
.
Guideline di atas berdasarkan pengalaman syarikat saya pada peringkat awal PKP (dalam 17 mac -23 mac) pada saat-saat polisi masih belum jelas, keadaan huru hara PKP
dan masing2 salah menyalahkan/menunding jari dari satu pihak ke pihak yang lain.
.
Guideline di atas mungkin berbeza dari segi orientasi/nature of business, industri, jumlah pekerja, saiz syarikat dll
.
Jika anda rasa guideline ini membantu serba sedikit, sila kongsikan/ share kepada rakan/majikan/dll untuk rujukan mereka di masa hadapan.
.
Akhir kata, saya dengan rendah diri merayu kepada semua kakitangan pekerja yang akan bekerja di waktu PKP (setelah mendapat kelulusan MITI), untuk membeli dan memilik
buku kecil/ buku 555/atau boleh di mengunakkan smart phone anda sendiri untuk
.
1) merekod meeting yg anda pergi, tarikh dan orang yang terlibat
.
2) mengemas kini rekod kedatangan opis/premis kerja anda
.
3) merekod kan dengan siapa anda makan, tarikh dan orang yang terlibat
.
4) dan merekod kan aktiviti yang anda lakukan di tempat kerja bersama dengan rakan/perkerja yang lain dari masa ke semasa
.
Proses merekod aktiviti di tempat kerja di atas mungkin agak remeh/berat,tetapi sangat penting bila waktu waktu yang tidak di ingini berlaku dan kerjasama dengan pihak
KKM dapat diberikan dengan kadar yang pantas dengan rekod yang lengkap.
.
Saya berharap kita semua di lindungi Tuhan sentiasa dan semoga rangkaian wabak ini mampu di patahkan dengan kerjasama tuan/puan
.
MARI KITA SAMA2 MENJALAN KAN OPERASI PERNIAGAAN DALAM KEADAAN PEKA DAN BERJAGA-JAGA DENGAN ''INVISIBLE ENEMY'' KITA
.
.
Saya yang ikhlas berkongsi pengalaman #KITAJAGAKITA
Mohamed Syazni Mohamed Rosman 15/4/2020 1.49 pagi
.
Turut disertakan contoh sampel surat surat penting untuk rujukan anda
.
.
NOMBOR TELEFON HOTLINE COVID 19
1) untuk sebarang pertanyaan mengenai coronavirus
CRISIS PREPAREDNESS AND RESPONSE CENTRE (CPRC) KEBANGSAAN (8 PAGI- 5 PETANG)
📞03-8881-0200
📞03-8881-0600
📞03-8881-0700
.
ATAU EMAIL ke cprc@moh.gov.my
.
2) NATIONAL OPERATION MANAGEMENT CENTER (SANGAT PENTING DAN BANYAK MEMBANTU SAYA MEMAHAMI STANDARD GUIDELINE)
03-8888-2010
.
3) Senarai Pusat saringan dan hospital yang mengendalikan kes covid19
http://www.moh.gov.my/…/Annex_3_Screening_centre_24032020.p…
.
4) Garis panduan KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (COVID 19)
http://www.moh.gov.my/…/pag…/view/2019-ncov-wuhan-guidelines
.
5) COVID guideline for Social Distancing for Workplace, homes and individuals
http://www.moh.gov.my/…/Annex_26_COVID_guide_for_Social_Dis…
.
6) COVID-19: MANAGEMENT GUIDELINES FOR WORKPLACES
http://www.moh.gov.my/…/Annex_25_COVID_guide_for_workplaces…
.
7) SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ) BERHUBUNG ISU-ISU COVID-19 DI TEMPAT KERJA (KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA)
http://jpp.mohr.gov.my/…/FAQ%20%20BERHUBUNG%20WABAK%20TERMA…